Monday, September 20, 2010

'Living in a world' VS 'Living in the world'

Kalo nak diikutkan tarikh aku start menaip post ni, genap sebulan dah aku keje kat tempat baru.. kalo nak diikutkan hari sebenar aku keje, baru dua minggu..haha..cuti jer byk…gaji pn masuk skit jer aritu..cheit, abis lari bajet..nak harapkan hasil anggur aku..langsung xleh harap..nak jual lemak pun x bleh..hahaha..

Terus ke topik..sebab aku rasa kalo aku duk merapu panjang2, makin panjang lak post aku kali ni yang aku rasa agak panjang..nnti korang jugak yg mls nak baca, sbb aku sndiri pun malas nak baca panjang2 nih.. silap2 mata pun bleh rosak, bleh muntah ke..nnti korang gak rugi nak kena repair pc rosak kena muntah ke, nak kena tambah power spek ke..nk gi brubat mata yang dah naik juling ke…

Sebelum pape pun, kasi paham dulu tajuk posting..apakah kedua2nya sama? Dimanakah bezanya? Yang mana satu jantan yang mana satu betina?(yg ni korang tgk Nujum Pak Belalang kalo x paham)…huhu..

Baiklah murid2, masa menjawab dahpun tamat…mintak yang hujung sekali kutip kertas jawapan dtg ke depan…hehehe…teringat lak zaman2 tgk buku dulu..

Bezanya pada ‘a’ dan ‘the’….”cheit, itu budak2 pun tau!”..mungkin itu respond korang…hehe…

Tp pada beza yang sedikit tu la, yang membezakan kedua2 tu, bagai langit dengan bumi, siang dengan malam… sebagaimana bezanya satu titik pada huruf ‘ jin ج ’ dgn huruf ‘ ha’ ح ’ ataupun mengikut riwayat al-kesah Pendekar Bujang Lapok, huruf ‘ jin mata buta ‘…hahaha

“Dah mende nak kecoh2?”… begitulah lebih kurang detik hati korang…hehehe

Aku gunakan ‘a’ dan ‘the’ pada ‘world’ tu, utk mendefinasikan ‘world’ itu sendiri… definasi ‘dunia’ itu pada setiap individu… bg aku ‘the world’ hanya ada satu, tp ‘a world’ jumlahnya banyak hingga x terkira..

Tp aku bukan nak kira brp byk ‘a world’ tu ada…xde keje aku nak kira..bayar gaji pun aku xmau..hehehe..

Kebelakangan ni aku jumpa ramai orang, yg lupa ‘dunia’..bukan bermaksud lupa diri..tp literally lupa dunia yang sebenar… lupa yang sepatutnya hidup dalam ‘the world’ tp asyik hidup dlm ‘a world’ sendiri…

Benda ni kompleks, mngkin x ramai yg paham benda la aku duk membebel ni…hehehe..

Senang citer…

‘the world’= dunia yg dipengaruhi setiap aspek di sekeliling, masyarakat dan juga persekitaran a.k.a realiti

‘a world’= dunia yg dibentuk dari perspektif pandangan individu

Pendek citer, kalo dalam satu rumah ada 10 orang, katalah rumah tu kita anggap sebagai satu ‘dunia’…pada masa yang sama ada 10 ‘dunia’ berbeza, sebab dunia masing2 dibentuk dari pespektif pandangan masing2… dalam 10 orang tu mungkin ada yg rasa selesa n bahagia, ada yang rasa rimas… even anggapan hati budi individu antara satu sama lain pun berbeza2.. cthnya si A rasa si B tu hensem, tp si C x rasa si B tu hensem…

Dipendekkan citer lagi, dunia yg kita hidup ni dibentuk oleh kepala hotak kita sendiri..dipendekkan lagi citernya..kita secara xlangsng hidup dalam dunia masing2, dunia kita sendiri…

Secara lojiknya, (mengikut lojik aku la tp…hehehe)…mustahil utk kita btul2 kenal dunia yang Tuhan hamparkan utk kita ni, sebab dunia yang kat depan mata kita ni adalah sesuatu yg infiniti, kerana dunia ni sendiri relative terhadap masa dan juga ruang..yg mana setiap detik dunia ni bergerak, berubah mengikut pengaruh di sekeliling… bayangkan betapa Agung nya Tuhan yg Maha Mengetahui, yg genggam dunia ciptaanNya ni..

So apa kita nak buat?..camne nak btul2 kenal, nak btul2 hidup dlm dunia yg sebenarnya?

Apa yg kita mampu buat, fahami dan kenali semampu mungkin…berusaha utk satukan ‘dunia2’ yg ada ni seberapa boleh yg mungkin.. kenali ‘realiti’ itu sendiri..

Masalahnye, mengenal realiti ni yg susah..kenapa susah? Sebab adanya makhluk bergelar manusia.. jika dunia setakat melibatkan pokok2, binatang, tiang letrik atau tandas awam dll ni senang citer, sbb semua tu sesuatu yg hanya statik, xbergerak secara zahirnya ataupun sekurang2nya statik peranannya…maknanya xpunya pengaruh yg besar…cthnya cam tiang lampu, tegak ke tumbang ke, persoalannya duk takat tu jer..

Dan realiti ni jadi susah sebab ada manusia..kerana bila adanya manusia ni, pengaruhnya melibatkan semua sekali, dari aspek pemikiran, emosi, dan perasan..eh, perasaan, semuanye lah.. dan kita manusia ni bkn jenis kera sumbang, duk sekor2, mmg jgn hrp ler hidup sorang… hidup la sorang macam mana pun time kebulur p beli megi kat kedai gak kan..hahaha..melibatkan org lain jgk…

Secara amnya, mmg manusia ni lumrahnya hidup bersosial, bermasyarakat org kata…

Dan bila aku kata susah nk paham ‘realiti’, nak paham ‘dunia’ yg kita hidup ni sebab bila melibatkan hati dan perasaan org lain mmg susah kita nak tau.. benda bkn bleh nampak ngan mata beb…kalo bleh nampak xdela kita duk kena tipu sampai naik hancing…hehehe…

Bila aku kata ramai yg ‘lupa dunia’, aku maksudkan lupa hakikat, lupa nk kenal, amik tau realiti, xberusaha nak faham hati perut orang lain..last2, duk tgk dunia ikut mata sendiri, ikut perspektif sendiri, tgk apa yg nak tgk, dgr apa yg nak dgr jer…

Ni la kalo tuan2 dan puan2 nak tau, kita panggil sindrom ‘Syok Sendiri’…btul x?

Setuju x setuju?...hehehe..

Paling senang, paling biasa kita bleh tgk berlakunya kes ‘lupa dunia’ ni…bila melibatkan soal hati..soal ‘cinta’..hehehe…jiwang plak dah…hahaha..

Tapi btul, mmg kita xleh lari…sebab bila melibatkan hati ni, cinta ni, mmg kita jadi ‘sedo’ (org Kelantan kata la)…maksud lebih kurang ‘bodoh’ or ‘bebal’… sebab time2 cenggini mmg rasional kita hilang punca.. belajar la tinggi mana pun, ilmu bnyk mana pun sampai phd gajoh ghima pun, yg sepatutnya kita praktik kita jd spastik…hahaha..

Ni contoh kes ‘lupa dunia’ @ ‘Syok Sendiri’…

kalo duk syok kat seseorang tanpa kita faham org tu, amik tau hati perasaan org tu, xberusaha nk kenal sebenar2nya org tu…tu namanya ‘gila bayang’…why? Sebab yg kita duk syok tu bukannya jati diri org tu, tapi peribadi yg kita bt ikut perspektif kita sendiri, yg kita cipta ngan kapla hotak kita… jd bagi aku mmg kena bila aku definasikan dgn ‘gila bayang’ sbb kita duk gila dgn bayangan yg kita cipta tu…

dan selalunya akan jadi bila kena ‘reject’.. kita cenderung sgt pertikai sebab2 ‘direject’, sebab2 kenapa pilih ‘dia’ la, apa hebatnya ‘dia’ la…yg paling best, the most common quotation is..’ I x yakin yg dia bleh bahagiakan u’… hahaha …sedar @ x, kalo kita p cakap camtu, tuan2 n puan2, tahniah! We had just put ourselves into a category where we actually know nothing about ‘that somebody’…sbb secara xlangsung kita declare yg kita ni langsung xtau pape pasal si dia… respect?...mmg dah xde dlm buku la beb… sebab bagi aku respect ni sebenarnya ‘ambil tahu’, ‘ambil berat’… bagi aku, if u dont respect someone else that means that u don’t care… duk kira apa yg kita nak jer, xpeduli dah psl hati perut org lain…

the worst, ada sanggup kata ini cinta agung, ikhlas… seriously, mmg bleh pecah prut gelak…hahaha…mana xnye, ikhlas ni xmengharapkan balasan, kalo duk harap nak balasan, ikhlas ke namanya… kalo bg org tumpang kete lps tu duk harap org bg duit mnyk, ikhlas ke tu bang?...hahaha…

So, camne nak “living in ‘the’ world”… xnak jadi ‘Syok sendiri’…?

Jawapannye ada dlm ISLAM, trus trg aku mengaku, aku ni masih jahil lg..so xlayak nak mengajar sape2 pn..tp sape2 pn pnh dgr ‘tawaduk’…bkn amik wuduk ye tuan2… tp ‘merendah diri’…sbb itu key point utk kita kenal dunia..bila kita merendah diri, kita akn dgr sekeliling kita, nampak apa depan mata… ‘lupa dunia’, ‘Syok Sendiri’ ni puncanya sombong, sifat angkuh dlm diri kita…

Aku sembang kemain, cam xpnh syok sendiri je sebelum ni..hahaha.. tp aku sembang sebab pnh rasa..omputih kata ‘been there, done that’..

Tp honestly, bg aku sampai skang aku cukup malu kalo kes2 ‘Syok Sendiri’ ni…hahaha..

2 comments:

  1. Bro, berkenaan syok sendiri,respect dan kenal mengenali ni klu ianya berkaitan cinta bagi aku(akulah) preliminary lah bro.

    AKu rasa tahap kesesuaian satu2 pasangan biarpun sahabat akan terpengaruh akibat syok sendiri, respect dan knowing factor tadi. Jadi utk yg mahu terjah jugak wlpun tahu tahap kesesuaian masing2 tu kurang, bakal mengalami waktu yang sukar. Cuma petunjuk dan doa yg boleh menyelamatkan, bukan perasaan. Ikutkan perasaan, semuanya boleh, sebab (utk kekasih)segalanya cinta dimatanya, yg lain belakang kira.

    Sepanjang pahit manis hidup rumah tangga aku yg sekian kalinya ni, aku rasakan sesudah preliminary stage ni, masuklah stage yg lebih menduga tapi kurang geloranya. Klu dulu pasangan pilihan agak lemah kesesuaiannya, maka dikala ini dugaannya boleh ke tahap membinasakan. Soal kepercayaan dan akhirnya kebahagiaan. Dimana masing2 tak boleh terbit dgn rasa cinta sahaja. Apatah lagi, bila level kesesuaian ditahap boleh bawa penyesalan!

    Jadi, biarlah luncai terjun dgn labu2nya asalkan kita tidak terjerumus dgn cinta buta. Kurangkan gelora bercinta. Tunjukkan kasih kita tapi kekalkan ketegasan antara yg benar dgn yang salah disulami dengan doa agar pengertian dan petunjuk di beri ke atas pasangan.

    Keikhlasan jgn dikelirukan dgn ketimbalbalikkan. Sebenarny kesesuian tadi dapat dizahirkan dengan balasan yg ikhlas (reciprocity)semampunya.

    Siapa yg mahu hidup syok sendiri mengikut definasi nko tu sebenarnya akan bertemu jugak dengan regu jodohnya. Tak semestinya gagal. Cuma, kesempurnaan jgn dimimpikanlah. Ada yg sanggup jadi hamba cinta. Terutama bila kecantikan yg menjadi criteria utama. Maka berlakulah kekesalan dimasa hadapan, yg paling malang bila masing2 mendustakan kelemahan dan tak akui kilaf diri masing2.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Preliminary?..yup, mmg berkisar perihal peringkat awal2 ni.. for next stages, I'm not there yet bro...huhuhu...

    ReplyDelete